(EX)periënce : Pengalaman Temuduga ke IPG 2017


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

♥❤❤


•••••••••Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarokatuh••••••••

Marhaban Ya Ramadhan :)


Warning : Long Entry Ahead
{Terima Kasih Kerana Sabar Membaca}



Source : Google


•Dear,  尔文妮•

  Pada tanggal 15/5 , hebahan keputusan bagi calon yang layak ke temuduga IPG 2017 telahpun dikeluarkan di laman web rasmi IPG ( www.pismp.moe.gov.my)


  Sebaik sahaja menerima berita hebahan tersebut, lantas saya bangun dari tidur yang lena (Al-maklumlah cuti, night owl pun boleh) dan membuka portal IPG. Sebelum terpampang keputusan pada skrin komputer, sempat lagi saya menoleh ke arah jam dinding yang menunjukkan jam 8.00 pagi. Fuh,awalnya bangun. Selepas lama menunggu loading screen yang jelas menunjukkan traffic dalam portal IPG , akhirnya dapat juga buka. Tetapi bukan nama saya yang keluar, nama orang lain. Hairan betul saya masa tu, adakah saya tersalah memasukkan kad pengenalan? Rupa-rupanya, portal IPG menghadapi masalah sistem mereka sehinggakan setiap calon yang menyemak kelayakan mereka mendapat nama calon yang lain. I tried to message my friend from  Perlis, dia kata boleh juga call terus pejabat IPG. Saya decide untuk tunggu masalah tersebut selesai, alasan nak merasa debarannya.

  3 hari selepas itu, hebahan keputusan kelayakan calon untuk temuduga IPG telahpun dikemaskini. Alhamdulillah, walaupun under pressure, pihak IPG dapat menyelesaikannya dalam masa yang agak singkat. Tanpa berlengah lagi, saya pantas menaip laman web rasmi IPG dan memasukkan NRIC ( kena peka dengan hebahan dan jadual IPG, kemaskini boleh dibuat tanpa sebarang pemberitahuan di TV haha). Alhamdulillah, dengan izin Allah , saya telah berjaya dipanggil untuk ke temuduga di IPG Kent Tuaran (Yes, I am from Sabah). Temuduga saya jatuh pada tarikh 23 Mei iaitu bersamaan pada hari selasa.


   Saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menghadiri temuduga dan berjaya dalam ujian UKCG dan UKF walaupun berbadan kecil (kurus sangat).Persiapan untuk ke temuduga amatlah singkat, which resulted in me feeling stressed out. Namun, saya tabahkan sahaja hati kerana tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

1. Uruskan sijil dengan tersusun.

*Cetak surat tawaran dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Sila susun dokumen-dokumen mengikut keutamaan iaitu : 
I.Borang resume IPG {kertas borang di mana calon dikehendaki meletak gambar passport berukuran (4x5)cm} .
II.Borang di mana calon harus menyatakan hasrat untuk menjadi guru.
III. Salinan kad pengenalan & Sijil Lahir.
IV. Sijil tamat sekolah.
V.Salinan slip SPM.
VI.Salinan-salinan sijil yang berkaitan
VII. Surat tawaran 

Anda digalakkan untuk memisahkan dokumen salinan dan asal dalam dua file holder yang berlainan. Remember, first impression is important. So, don't be shy to present yourself as an organized person.

2. Dress code yang sesuai.

  As a future teacher, adalah penting untuk menitikberatkan penampilan apatah lagi apabila kita dikehendaki untuk mengadiri temuduga.

Men :
- Baju kemeja berkolar
-Tali leher
-Blazer
-Jam tangan #Punctuality is a vital criteria for a teacher
-Kasut kulit hitam

Women :
-Baju kurung (tidak bermanik,tidak memakai warna dan corak yang terlalu menonjol)
-Tudung ( Ringkas dan senada dengan warna baju kurung )
-Jam tangan
-Kasut bertutup berwarna gelap (jangan memakai kasut yang terlalu tinggi tumitnya)

Optional : Name Tag (this is because mereka akan memberi double sided tape untuk anda menulis nama besar2 dan lekat pada baju untuk memudahkan penemu duga mengenal anda)

3. Be prepared. Sediakan bekalan ilmu.

  Setiap seorang yang pergi berperang akan berbekalkan senjata. Maka, sediakanlah bekalan ilmu sebelum hadir temuduga IPG.

   I took Bahasa Inggeris (SK) di mana saya akan menjalani ujian amali dan temuduga berkumpulan. Ujian amali bagi bidang Bahasa Inggeris (SK) terbahagi kepada beberapa bahagian.

     It will all depends on the interviewer either to choose writing for your practical or maybe even reading. Ujian amali saya diuji dalam bahagian reading where saya diminta untuk membaca suatu petikan dan berbincang bersama-sama penemuduga. Please note that this is all based on my memories , I apologize for the inaccuracies in the dialogue given. 

Don't be nervous and don't fidget. Just be confident. I know you can do it.



   How it went ;


  Show up 30 minutes beforehand,  early bird gets the worm. Get some tasty breakfast to fill up your tummy and always bring an extra mineral water with you to stay hydrated (Trust me, you don't want to look pale when being interviewed.) and also bring some light snack because the waiting will be torture. Apatah lagi when you're not in session 1, gunakan masa untuk do your homework about the interview. 

  Pada mulanya,  kami akan dikumpul dalam suatu dewan kuliah dan diberi taklimat ringkas dan tips-tips untuk temuduga kelak (Calon-calon sesi 1,2,3 dan 4 akan dikumpulkan bersama).  Masa inilah kita akan diberikan peluang untuk menyelesaikan sebarang masalah contohnya jika tiada gambar berukuran passport, mereka akan tolong kamu dan bawa kamu bergambar di bilik ICT (see,  they really wants to help you jadi jangan segan-segan nak minta tolong.)


  Dalam jam 8.30 AM, kami disuruh untuk naik ke tingkat atas dan disuruh duduk di luar bilik temuduga  dan tunggu giliran masing-masing mengikut sesi. Saya berada dalam kumpulan sesi 2 (setiap kumpulan ada 5 calon kesemuanya). All of my interview-mates mengambil Bahasa Inggeris (SK) , so competition agak sengit di situ. Kami pun dikuarantin daripada kumpulan sesi 3 dan 4 sesudah kumpulan sesi 1 selesai melaksanakan ujian amali. Alhamdulillah, ujian amali bagi kumpulan sesi 2 merupakan bahagian Reading. Baru terfikirk nak happy bila soalan dia susah juga setaraf dengan kesusahan bahagian ujian amali yang lain.


Pengalaman ujian amali bagi temuduga Bahasa Inggeris (SK) 

• Saya ingin menekankan agar calon-calon temuduga IPG kelak memperkenalkan diri terlebih dahulu. Ketuk pintu, senyum kepada interviewer, beri salam dan ucapkan selamat pagi/tengahari.Masuk dengan kaki kanan. Jangan duduk sebelum disuruh dan jangan silangkan kaki.) 
  
Miss: Hello there,  Good morning. Please put aside your files and certs on that table over there.

Me: (muka noob)  Okay, sure.

Miss : Please be seated.  Tell me about yourself?

Me : *nervous sangat sampai speaking pun tidak lancar*

Miss: Relax. (Tapi muka dia mcm frust nampak ke-nervous-an saya hahahaha)

Okay here take this paper and read the article silently in 5 minutes. I am going to ask you four questions after you have finished.

Me: Okay , thank you.(Jangan contohi jawapan ini hahaha)

Miss: Are you done?  Can I please continue this practical session?

Me: Yes I am ready.

Miss : Choose one of the bolded word and build a sentence based on it.

Me : I choose the word xxx, My sentence based on this word would be xx

Miss : Okay,  can you pick one of the bolded word and give me the meaning of it.

Me : I choose xx word,  the meaning of it would be xx

Miss : Okay, how would you xxx (based on the title of the paragraph given)

Me : I would xx

Miss : Okay, how would you motivate young children and relate to this paragraph?

Me: First off..xx (Just be sure you have logical connectors and points. Don't forget to relate it back to your paragraph.)


   And banyak lagi yang miss interviewer tersebut tanya, but mostly not about the paragraph. It is going to be random, you just have to answer logically and don't go off topic!


 Pengalaman temuduga berkumpulan Bahasa Inggeris (SK) 


  After finishing my practical test, kami dipanggil pula untuk sesi temuduga berkumpulan. Don't get the title wrong, walaupun ia dipanggil sebagai temuduga berkumpulan, kamu akan tetap dinilai individually. However, jangan cuba mendominasi perbincangan berkumpulan kelak nanti interviewer anggap *tamak soalan*. Temuduga berkumpulan usually ends in an hour or so, oleh itu sebelum dipanggil masuk please jangan biarkan perut kosong dan bibir chapped. Drink some waters and eat some light snack enough for you to recharge a liitle bit. Sebelum masuk,  pastikan sijil-sijil dan dokumen asal dan peribadi disusun mengikut keutamaan! It is taboo to burden the interviewer when you are the one who is applying for the programme.

 How it went.

 Sebelum disuruh duduk, letakkan beg anda di atas meja berdekatan. Jangan letakkan atas paha atau bawah kaki anda. Hulurkan sijil-sijil dan dokumen-dokumen berkaitan yang disusun dengan teratur dan kemas seterusnya tunggu arahan untuk duduk. Selepas duduk, pastikan posisi anda dalam keadaan yang betul. Duduk tegak, kaki tidak bersilang, tangan diletakkan atas paha dan jangan fidget. Murahkan senyuman anda ya. Dengar betul-betul persoalan penemu duga, jangan sampai mereka bertanya dua kali.  Please note that this is all based on my memories, I want to apologise if there were any inaccuracies in the dialogue. 

Miss: Ok, hello all. Assalamualaikum and Good morning. First off, I want you all to introduce yourself, starting from xx.

*my turn*
Me : •introduce myself
•previous school
•achievements
•Hobby
•21st century learning
•Kahoot

Miss : Thank you all. Now I will ask about your 'hasrat' concerning on why do you want to become a teacher.
P.S dia akan pilih point hasrat anda yang paling susah untuk elaborate

*my turn*
Me : •study in IPG to became a teacher and have a stable  financial support in the future
•explaining further about Kahoot!  (because the interviewer wants to challenge my best answer.)

Miss : Ok time for your group work where you will have a presentation together. Your task is to brainstorm as a team about Teacher's Day. The task requires you to think as a Student's representative of your school that has been given the responsibility to conduct Teacher's Day.

# At this point, teamwork matters. Still,  watch your back specifically your language because even though you will be brainstorming somewhere else, they will be monitoring you guys from time to time. Don't be afraid to speak up. If you have the chance,  try and be upfront with everyone that you will take the role as a leader.

  We have been given a Mahjong paper (correct me if I'm wrong 😂)
and we are asked to present our points about Teacher's Day based on our creativity. In order to impress the interviewer, we used I-Think to present our ideas.  Don't try to take over the discussion, be humble and let your friends talk. When it's your turn, give them a short yet attention grabber answer. We ended our discussion shortly yet informative. You dont need it to be a long presentation because other group session is waiting for their turn. Be considerate.

  When they are testing your confidence level, don't be afraid to show it. We are asked to be seated again in face to face manner so we can rate ourselves.

Miss : Okay, all of you are good. Tell me, on scale 1-10, how would you rate yourself?

*my turn*
Me : 9/10. Without them (interview-mates) , this would not happen.


•End Of Interview•





Just do your homework, be confident but don't cross the line, be humble and give it all your best!!


More Tïps (it's your lucky day) :


Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.

1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?

Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
    Click here untuk senarai IPG di Malaysia.
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH
Credit to : Mohd Farid, Cikgu Loh, Mohd Adha Mohd Zain, CikMas dan Max Elity.

Source :http://www.panduanmalaysia.com/2014/04/panduan-temuduga-institut-pendidikan.html?m=1

Oh I almost forgot,  the IPG group interview in peninsular of Malaysia usually used  a video relating to the current issues for the group discussion.  So, rajin-rajinkan diri untuk explore blog orang-orang yang berpeluang untuk ke temuduga IPG ini. I wish you good luck and stay You! 


Shoutout to my interview-mates :

🌻 Crishelle
🌻 Erissa
🌻 Syamiera
🌻 Zalaily

Foot note : I am still waiting for my approval into IPG next month. Doakan saya lulus, aamiin 🌹



Terima kasih ♥ 谢谢你们 ♥ Thanks to you ♥


Comments

  1. hai... how was the interview? 😁

    ReplyDelete
  2. Hello. Nak tanya ni. Mreka directly bgitau result kemasukan ke ipg ke lepas habis interview tu?

    ReplyDelete
  3. Thank you for your sharing.Excuse me .I have a question about the interview questions that you listed at the end.If my Bidang is aimed for English. Can i answer those questions in Bahasa Malaysia. Please reply me as soon as possible .I have an urgent need for your answer .Thank you .

    ReplyDelete
  4. I'm already nervous😭😭😭 thank you so much for sharing this😀😀😀

    ReplyDelete
  5. Hi. Nak tanya, pernyataan hasrat itu kita ke buat apa? Karangan kenapa nak jadi cikgu atau kebaikan jadi cikgu? And lagi satu, sijil² yang di tunjujjan ke panel adalah original kan? Jadi perlu ke kita photocopy sijil² tersebut? Sebab ada orang kata kena photocopy. Itu saja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Hi. Nak tanya, pernyataan hasrat itu kita ke buat apa? Karangan kenapa nak jadi cikgu atau kebaikan jadi cikgu? And lagi satu, sijil² yang di tunjujjan ke panel adalah original kan? Jadi perlu ke kita photocopy sijil² tersebut? Sebab ada orang kata kena photocopy. Itu saja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. assalam akak, nak tanya, kan asingkan dokumen salinan dengan yang asal, yang salinan tu nak letak dalam file clear holder ke, file biasa je ?

    ReplyDelete
  8. Hello miss. Penyataan hasrat shiuld be written in English ?

    ReplyDelete
  9. Its a good tips for me ,thank you

    ReplyDelete
  10. Macam mana ujian bertulis? Ia berbentuk objektif stay subjektif?

    ReplyDelete
  11. hye sijil ape yang perlu bawa ye?

    ReplyDelete
  12. Klu time ujian kecergasan nak pkai bju apa eh?

    ReplyDelete
  13. info yang cukup baik... hihi wish me luck ujian temuduga 2019

    ReplyDelete
  14. I think you don't really visit this blog that often but I'm taking my chances.
    How many DIFFICULT questions per person gets?

    ReplyDelete
  15. Need to include Kahoot in self introduction??

    ReplyDelete
  16. Tq atas perkongsian. Mmg masa interview kna cakap english sepenuhnya ke?

    ReplyDelete
  17. Memang interview in english ke eventhough kita amik bahasa melayu??

    ReplyDelete
  18. Playtech's new casino games online - KADG PINTAR
    The company's new online casino games, known as Live Casino, febcasino are now available on KadG งานออนไลน์ Pintar. 온카지노

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

(EX)periënce : Pengalaman Temuduga Asasi Tesl 2017

Popcörner : Cöllege Life II